Bantu kami memajukan
penjagaan limfoma
penjagaan limfoma
Ketahui lebih lanjut tentang
kajian klinikal OLYMPIA
kajian klinikal OLYMPIA

Adakah anda mempertimbangkan kajian penyelidikan klinikal sebagai satu pilihan untuk limfoma?
Laman web ini menyediakan maklumat tentang kajian klinikal OLYMPIA. Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan dan keselamatan ubat percubaan dalam merawat limfoma. Ubat kajian ini dipanggil "percubaan" kerana ia masih belum diluluskan untuk digunakan di luar kajian klinikal.
Kajian klinikal adalah penting untuk mengkaji rawatan yang berpotensi. Hidup dengan limfoma, anda mungkin merasakan bahawa banyak yang perlu anda buat tanpa melakukan kajian klinikal. Walau bagaimana pun, setiap orang yang terlibat dalam kajian klinikal ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan pemahaman kita terhadap limfoma, yang mana mungkin dapat membantu individu lain yang menghadapi keadaan ini pada masa hadapan. Setiap rawatan yang wujud hari ini tersedia disebabkan oleh orang yang mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan sebelum ini.
Ketahui lebih lanjut tentang kajian OLYMPIA dan lihat jika salah satu daripada kajian mungkin pilihan untuk anda atau seseorang yang anda kenal.
Untuk orang dewasa yang menghidap
limfoma folikular/limfoma zon marginal