Bantu kami
memajukan
penjagaan limfoma
memajukan
penjagaan limfoma
Ketahui lebih lanjut
tentang kajian
klinikal OLYMPIA
tentang kajian
klinikal OLYMPIA
Adakah anda mempertimbangkan kajian penyelidikan klinikal sebagai satu pilihan untuk limfoma?
Laman web ini menyediakan maklumat tentang kajian klinikal OLYMPIA. Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan dan keselamatan ubat percubaan dalam merawat limfoma. Ubat kajian ini dipanggil "percubaan" kerana ubat tersebut masih belum diluluskan untuk digunakan di luar kajian klinikal.
Kajian klinikal adalah penting untuk mengkaji rawatan yang berpotensi. Hidup dengan limfoma, anda mungkin berasa bahawa anda sudah mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan tanpa perlu menyertai kajian klinikal. Walau bagaimana pun, setiap orang yang terlibat dalam kajian klinikal ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan pemahaman kita terhadap limfoma, yang mungkin dapat membantu individu lain yang menghadapi keadaan ini pada masa hadapan. Setiap rawatan yang wujud hari ini tersedia disebabkan oleh orang yang mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan sebelum ini.