Soalan Lazim

Soalan Lazim

Terdapat beberapa sumber dalam talian untuk mengetahui lebih lanjut tentang limfoma dan pilihan anda, daripada kumpulan perakuan kepada yayasan penyelidikan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila lihat pada beberapa sumber yang disenaraikan di bawah.

Diagnosis limfoma boleh menjadi sangat melemaskan – mencari sokongan adalah penting. Jika anda inginkan maklumat tambahan tentang menangani kebimbangan dan keresahan berkaitan dengan diagnosis anda, sila lihat pada sumber tambahan ini.

Kajian penyelidikan klinikal ialah penyelidikan saintifik yang dijalankan kepada sukarelawan bagi menjawab persoalan kesihatan tertentu. Kajian intervensi menentukan sama ada rawatan eksperimen atau cara baharu menggunakan terapi yang diketahui adalah selamat dan berkesan di bawah persekitaran dikawal. Kajian penyelidikan klinikal juga dipanggil percubaan klinikal.

Kajian OLYMPIA ialah kajian penyelidikan untuk orang yang menghidap limfoma. Kajian OLYMPIA bertujuan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan ubat percubaan dalam merawat limfoma berbanding dengan rawatan lain yang telah diluluskan untuk limfoma.

Kajian klinikal adalah penting untuk mengkaji rawatan yang berpotensi. Hidup dengan limfoma, anda mungkin merasakan bahawa banyak yang perlu anda buat tanpa melakukan kajian klinikal. Walau bagaimana pun, setiap orang yang terlibat dalam kajian klinikal ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan pemahaman kita terhadap limfoma, yang mana mungkin dapat membantu individu lain yang menghadapi keadaan ini pada masa hadapan. Setiap rawatan yang wujud hari ini tersedia disebabkan oleh orang yang mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan sebelum ini.

Kelayakan akan berbeza bergantung kepada kajian OLYMPIA yang anda sertai. Ketahui lebih lanjut tentang percubaan OLYMPIA untuk mengetahui jika anda mungkin layak.

Ketahui lebih lanjut

Jika anda menyertai kajian tersebut, terdapat perkara tertentu yang diharap anda akan lakukan. Ini termasuk menghadiri lawatan kajian dan menjalani penilaian serta prosedur tertentu seperti imbasan pengimejan, biopsi dan pengambilan darah. Tempoh penyertaan anda akan bergantung kepada kajian OLYMPIA yang anda sertai dan tindak balas anda kepada ubat kajian.

Tempoh penyertaan anda akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk kajian yang anda sertai dan tindak balas anda kepada ubat kajian.

Anda mungkin mendapat manfaat daripada pemeriksaan tambahan selain penjagaan standard anda dan anda boleh mendapat akses kepada pakar-pakar limfoma. Tiada jaminan bahawa anda akan menerima manfaat perubatan daripada menyertai kajian ini. Keadaan anda mungkin bertambah baik, kekal sama atau mungkin bertambah teruk.

Seperti semua ubat, terdapat kemungkinan risiko apabila mengambilnya. Anda akan diberikan Borang Persetujuan Termaklum yang menerangkan risiko yang telah dilihat pada kajian klinikal lain yang menyelidik ubat kajian percubaan. Ada juga kemungkinan bahawa ubat boleh menjejaskan anda dengan cara yang tidak diketahui. Jika anda mengalami sebarang perubahan pada kesihatan anda, walaupun anda berasa betapa ia tidak berkaitan, anda harus memaklumkan kepada doktor kajian dan pasukan kajian.

Kajian OLYMPIA akan dijalankan di pusat kajian di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang kajian OLYMPIA bagi mengetahui pusat kajian yang terdekat dengan anda.
Ketahui lebih lanjut

Bagaimanakah sekiranya saya mempunyai pertanyaan
lain?

Jika anda mempunyai lebih banyak soalan tentang kajian OLYMPIA, sila hubungi tapak terdekat dengan anda. Cari tempat tapak terdekat anda dengan menggunakan alat pencari tapak kami. 

Ketahui lebih lanjut

ms_MYMalay
How valuable was the information provided on our site for you?
😔 😀
Please check if you would like to answer more questions about website user experience
Skip to content