Apakah itu
kajian penyelidikan
klinikal OLYMPIA-4?
Rawatan tersebut dipanggil “percubaan” disebabkan rawatan ini belum diluluskan untuk digunakan di luar kajian klinikal ini.
Apakah itu ubat kajian tersebut?
-
- Rawatan percubaan: Rawatan percubaan akan diberikan melalui infusi intravena (IV) (jarum di lengan anda). Rawatan percubaan ialah antibodi bispesifik yang berfungsi dengan mengaktifkan sel T sistem imun anda dan membantu sel tersebut menyasarkan dan membunuh sel kanser.
-
- Rawatan antibodi: Rawatan antibodi akan diberikan melalui infusi IV. Rawatan antibodi adalah sebahagian daripada SOC untuk B-NHL bersama-sama dengan kemoterapi. Antibodi ini ialah antibodi monoklonal. Antibodi ini melekat pada permukaan jenis sel darah putih yang digelar “limfosit B”. Apabila ini berlaku, sel dimusnahkan oleh sistem imun. Anda mungkin menerima atau tidak menerima rawatan antibodi mengikut keutamaan doktor kajian.
-
- Rawatan kemoterapi: Hanya satu kumpulan rawatan akan menerima kemoterapi. Kemoterapi akan mengandungi 1 daripada 3 rejimen rawatan dengan rawatan antibodi atau tanpa rawatan antibodi. Kemoterapi diberikan melalui infusi IV bersama-sama dengan ubat oral. Peserta juga boleh menerima kemoterapi sebagai persediaan untuk ASCT.
-
- ASCT: ASCT menggunakan sel stem darah sihat daripada badan anda sendiri untuk menggantikan sel yang telah dirosakkan oleh rawatan seperti sinaran atau kemoterapi. ASCT mungkin merangkumi kemasukan pesakit ke hospital.
Apakah yang boleh saya jangkakan jika saya mengambil bahagian?
Jika anda menyertai kajian, terdapat perkara tertentu yang dijangkakan untuk anda lakukan. Perkara ini termasuk menghadiri lawatan kajian dan menjalani penilaian dan prosedur tertentu seperti imbasan pengimejan, biopsi dan pengambilan darah.
Apakah lagi yang perlu saya ketahui?
Seperti semua rawatan, terdapat kemungkinan risiko apabila mengambil rawatan percubaan. Jika anda layak dan memilih untuk mengambil bahagian, anda akan diberikan Borang Persetujuan Termaklum yang menerangkan sebarang kemungkinan risiko dan kesan sampingan. Ada juga kemungkinan bahawa ubat kajian boleh menjejaskan anda dengan cara yang tidak diketahui. Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami dan akan dipantau dengan teliti sepanjang penyertaan anda.
Cari tapak kajian terdekat anda
Adakah Saya Layak?
- • Berumur ≥ 18 tahun, atau umur yang sah mengikut peraturan khusus negara (bagi Singapura, keperluan umurnya ialah ≥ 21 tahun menurut peraturan tempatan)
- • Menghidap B-NHL refraktori atau relaps ≤ 12 bulan sejak bermulanya rawatan awal
- • Sanggup dan boleh menghadiri lawatan kajian serta menjalani prosedur berkaitan kajian
- • Layak untuk pemindahan sel stem autologus (ASCT)