Apakah itu kajian penyelidikan klinikal OLYMPIA-5?


Pada masa ini, kami sedang berusaha membangunkan rawatan yang berpotensi untuk FL dan MZL. OLYMPIA-5 ialah kajian penyelidikan klinikal fasa 3 yang bertujuan untuk menilai keberkesanan, keselamatan dan kebolehterimaan ubat kajian percubaan yang digabungkan dengan agen imunomodulatori standard berbanding dengan standard penjagaan (SOC): rawatan pembanding yang digabungkan dengan agen imunomodulatori. Kajian ini adalah khusus untuk orang yang menghidap kanser yang telah berhenti bertindak balas kepada rawatan (juga dikenali sebagai “refraktori”) atau telah kembali (juga dikenali sebagai “relaps”).
Rawatan dipanggil “percubaan” kerana masih belum diluluskan untuk digunakan di luar kajian klinikal ini.
Jika anda ingin melihat sekiranya anda memenuhi keperluan untuk mengambil bahagian dalam kajian OLYMPIA-5, sila isi soal selidik prapenyaringan kelayakan di bawah.
Apakah ubat kajian tersebut?
-
- Rawatan penyelidikan: Rawatan percubaan akan diberikan melalui infusi intravena (IV) (jarum di lengan anda). Rawatan penyelidikan ialah antibodi bispesifik yang berfungsi dengan mengaktifkan sel-T sistem imun anda serta membantu menyasarkan dan membunuh sel kanser.
-
- Rawatan pembanding: Rawatan pembanding akan diberikan melalui infusi IV atau suntikan subkutaneus (suntikan di bawah kulit anda). Rawatan pembanding merupakan sebahagian daripada SOC untuk limfoma bukan Hodgkin sel B bersama-sama kemoterapi. Rawatan pembanding ini ialah antibodi monoklon. Antibodi ini melekat pada permukaan jenis sel darah putih yang digelar “limfosit-B.” Apabila ini berlaku, sel dimusnahkan oleh sistem imun.
-
- Agen imunomodulatori: Agen imunomodulatori tergolong dalam kumpulan ubatan yang mengubah sistem imunisasi anda dan berfungsi dalam beberapa cara untuk menghentikan jenis kanser yang tertentu. Agen imunomodulatori ini ialah kapsul yang anda akan ambil secara oral (iaitu melalui mulut). Anda perlu melengkapkan diari di rumah bagi mengesahkan anda telah mengambil pil setiap hari.
Apakah yang saya boleh jangkakan jika saya menyertai?


Bagaimanakah saya boleh mengambil bahagian?
Apakah lagi yang perlu saya ketahui?
Seperti semua rawatan, terdapat kemungkinan risiko apabila mengambil rawatan percubaan. Jika anda layak dan memilih untuk mengambil bahagian, anda akan diberikan Borang Persetujuan Termaklum yang menerangkan sebarang kemungkinan risiko dan kesan sampingan. Ada juga kemungkinan bahawa ubat kajian boleh menjejaskan anda dengan cara yang tidak diketahui. Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami dan akan dipantau dengan teliti sepanjang penyertaan anda.

Cari tapak kajian terdekat anda
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OLYMPIA-5 dan sama ada kajian ini mungkin sesuai untuk anda, sila hubungi tapak kajian terdekat anda – mereka sangat berbesar hati untuk membantu. Cari tapak kajian terdekat anda.
Adakah Saya Layak?
- • Berumur ≥ 18 tahun (atau cukup umur yang sah di negara anda)
- • Menghidap FL atau MZL refraktori atau relaps
- • Sanggup dan boleh menghadiri lawatan kajian serta menjalani prosedur berkaitan kajian
Terdapat syarat lain untuk menyertai. Pemeriksaan perubatan penuh akan dilakukan untuk melihat jika anda boleh menyertai kajian ini. Jika anda mempunyai soalan lain, kongsikan laman web ini dengan doktor anda untuk membincangkan kajian ini.