Apakah itu kajian penyelidikan klinikal OLYMPIA-3?
Jika anda ingin melihat sekiranya anda memenuhi keperluan untuk mengambil bahagian dalam kajian OLYMPIA-3, sila isi soal selidik prapenyaringan kelayakan di bawah.
Apakah itu ubat kajian tersebut?
- Rawatan percubaan:
- Rawatan percubaan akan diberikan melalui infusi intravena (IV) (jarum di lengan anda). Rawatan percubaan ialah antibodi bispesifik – sejenis protein yang berfungsi dengan sel darah putih daripada sistem imun anda yang dipanggil sel T untuk membantu sel T tersebut menyasarkan dan membunuh sel kanser.
- Rawatan pembanding:
- Rawatan pembanding akan diberikan melalui infusi IV atau suntikan subkutaneus (suntikan di bawah kulit anda). Rawatan pembanding adalah sebahagian daripada standard penjagaan untuk DLBCL yang tidak dirawat. Rawatan pembanding ialah antibodi monoklon yang menyasarkan protein pada permukaan sel kanser (yang dipanggil CD20) yang ditemui dalam sel darah putih yang dipanggil sel B. Apabila hal ini berlaku, sel B dimusnahkan oleh sistem imun.
- Rawatan kemoterapi:
- Kedua-dua kumpulan (percubaan dan pembanding) akan menerima kemoterapi yang sama dalam kombinasi bersama rawatan mereka. Kemoterapi diberikan melalui infusi IV bersama dengan ubat oral. Kemoterapi akan terdiri daripada cyclophosphamide, doxorubicin, vincristine dan prednisone atau prednisolon yang dikenali sebagai “CHOP” secara kolektif.
Apakah yang boleh saya jangkakan jika saya mengambil bahagian?
Jika anda menyertai kajian, terdapat perkara tertentu yang dijangkakan untuk anda lakukan. Perkara ini termasuk menghadiri lawatan kajian dan menjalani penilaian dan prosedur tertentu seperti imbasan pengimejan, biopsi dan pengambilan darah.
Apakah lagi yang perlu saya ketahui?
Seperti semua rawatan, terdapat kemungkinan risiko apabila mengambil rawatan percubaan. Jika anda layak dan memilih untuk mengambil bahagian, anda akan diberikan Borang Persetujuan Termaklum yang menerangkan sebarang kemungkinan risiko dan kesan sampingan. Ada juga kemungkinan bahawa ubat kajian boleh menjejaskan anda dengan cara yang tidak diketahui. Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami dan akan dipantau dengan teliti sepanjang penyertaan anda.
Tiada jaminan bahawa anda akan menerima manfaat perubatan daripada penyertaan dalam kajian ini. Keadaan anda mungkin bertambah baik, kekal sama atau mungkin bertambah teruk. Anda bebas untuk menarik diri daripada kajian atas sebarang sebab pada bila-bila masa.
Cari tapak kajian berhampiran anda
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OLYMPIA-3 dan sama ada kajian ini mungkin sesuai untuk anda, sila hubungi tapak kajian terdekat anda – mereka sangat berbesar hati untuk membantu. Cari tapak kajian yang terdekat dengan anda.
Adakah Saya Layak?
Adakah Saya Layak?
- Berumur ≥18 tahun (atau umur yang dibenarkan secara sah di negara anda)
- Didiagnosis dengan DLBCL
- Menghidap DLBCL yang boleh diukur
- Bersedia dan mampu mematuhi lawatan klinik dan prosedur berkaitan kajian serta memahami dan melengkapkan soal selidik